Wednesday 29 February 2012

Wordless Wednesday : Miawwwwaauuuummmm !! Eh!

Friday 24 February 2012

Karipap cari gaduh

.

Amacam? Besar tak karipap ni? Hahaha lebih besar dari polisterin wa ckp lu. Ni karipap telur + ketam. Harga Rm 2.50. Beli kat Pasar malam Seksyen 7 Shah Alam. Tak sedap. Banyak minyak. Ingatkan telur yang dia letak tu telur rebus goreng sekali dengan kari kentang. Rupanya, telur tu dia macam gaul dengan tepung and letak sekali dengan crabstick. Tak best. Siyes. Tak caya gi try beli. Ada flavor lain. Tapi gua rasa macam dah serik. Tobat~


Wednesday 22 February 2012

Wordless Wednesday : Dunia dah makin tua

Untunglah kena ngurat ~



MINTAK NYAAAWAAAAAA !!!

Ok lah. ni awek Malaysia yang kena ngurat oleh jejaka Korea macho-hensem-jambu dlm satu rancangan TV kat sana. Sophia Ridza namanya. Laki tu nama Jang Ding Ock. Kat Malaysia ni mmg tak famous. Tapi kat sana, semua awek Korea dah prepare nak hantar santau kat dia. Hahaha jeles lettewww~ Tengok jelah ye. Gua tak boleh tulis panjang-panjang nanti takut gua hilang pertimbangan. Tasbih dah standby sentiasa berada ditangan. Kahkahkah. 

Kanda Jang  buatlah jugak cmni kat Dinda. Lelaki kan boleh kawin 4. Dinda sanggup bermadu. Sobsobsob. Nanti boleh Kanda bershuffle kat rumah hari-hari. Dinda tak kisah. Janji!!

haters gonna hate. lovers gonna love.
p/s : sangat fluent lu cakap korea. tabik!

Monday 20 February 2012

Saturday Nite

Malam minggu aritu gua abeskan masa kat Sunway Pyramid dengan cik kudlyn. hehe dah lama tak hang out sama-sama. Sambil2 minum Chatime, kami pusing satu mall. hehe




Gua minum Yakult green tea aloe vera. Sedap. Tak manis sangat. Kate kudlin, yakult tu dibuat daripada bakteria baik dalam tahi bayi yang masih menyusu. Betul atau tidak? Haram ke tak? Sama-sama la kte explore sendiri. hehehe

Pastu kitoram terus ke MAC beli mekap kudlin yang dah abes katenya.


Saturday 18 February 2012

Pizza Hut half price

Minggu ni pizza hut buat half price. kahkahkah mst la gua pegi kan.



ni eskem 1st tp cair. lepas si waiter di amuk oleh si yotch,
ni la final eskemnye. hahaha tp coklat dia agak cair jugeks. tp tak secair td la.


Friday 17 February 2012

Dem yuh!

cilake sape yang buat nih! Aaron Rozmey konon.!
nokharom!
p/s :   hero kl gengster smbil jual jus mate5 tu haha kate si midai. sial punya midai.

Bosan

Asyik-asyik aku merasa disampahkan
Sedangkan selama ini ku bagikan berlian
Ku bagikan setiap apa yang ku ada
Ku bagikan setiap yang diminta
Tetap tak sempurna

Bagaimana perlu aku lakukan lagi
Bila pula aku ini tidak memenuhi jiwanya..
-PC-

p/s : cari orang lainlah senang. bosan.


Thursday 16 February 2012

Bila nak berubah?

Sekarang mereka telah menjadi alim
Syurga pastilah telah menunggu kedatangan mereka. 
Sebaliknya api neraka telah siap menantiku.
Aku orang rosak akhlak.
Tapi, bukankah aku ini manusia, sahabat?
Yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan?
Yang berhak memperbaikinya?
-MC-

p/s : kadang-kadang kita kena menerima segala tanpa mampu bertanya "MENGAPA"

Wednesday 15 February 2012

Wordless Wednesday : Bakal kehilangan seorang kawan

Tuesday 14 February 2012

Ada apa dengan Valentine?

Valentine's day is today. So ada apa sama valentine? Kita sebagai umat islam adalah HARAM untuk sambut. Kat fb gua tengok melambak post pasal menda ni. Ada yang suka dan ada yang tidak. Terpulang~

Bagi yang tak suka tu. Tak perlu ceramah banyak sangat. Tak suka, diam. Lagi banyak lu cakap lagi ramai yang buat. Elok-elok taknak buat jadi nak buat. Rupa depan Valentine ni sangat cantik. Sangat sweet. Tp disebaliknya? Sangat buruk hokei. Lagi-lagi pasal kekejaman St. Valentine tu sendiri. 

Lu pernah sambut? Hehehe dulu time sekolah gua betul-betul tak sempat nak sambut. Siyes! Walaupun macam-macam event ada sekolah dulu bagi coklat la bunga la, gua memang tak dapatlah! CONFIRM!! Dah la hitam, kerempeng dan bermulut puaka memang haramlah mamat-mamat hot tu nak bagi kat gua. Tapi kan, kadang-kadang pernah gak ada sekelumit perasaan nak sambut. Tipu sangat la kalau takde kan. Lagi-lagi bila ada bf. Oleh kerana cik buyut gua tak amik pedulik langsung pasal mende ni so takdela gua melayan perasaan bongok nih. hikhikhik. 

Valentine day maksudnya hari berkasih sayang kan? Kalau hari-hari gua sayang maksudnya everyday is valentine day lah kan? Hahahahahaha. suka hati gua lah. 


Sunday 12 February 2012

Peringatan untuk diri sendiri

"Takutlah kamu terhadap prasangka. Sebab sesungguhnya prasangka adalah sedusta-dusta pembicaraan. Janganlah kamu mencari-cari dan meneliti kesalahn orang lain, janganlah kamu saling mendengki, janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling belakng membelakangi. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara sebagaimana Allah telah memerintah kepadamu. Orang muslim adalah saudara muslim yang lain, tidak saling menzalimi, tidak saling merendahkan dan tidak saling menghina. Takwa adalah disini", (sambil Rasulullah menunjuk ke arah dada. kemudian melanjutkan sabdanya:) "Cukuplah keburukan bagi seseorang dengan menghina saudaranya sesama muslim. Setiap muslim adalah haram atas muslim yang lain darah, kehormatan dan hartanya. sesungguhnya allah tidak melihat kepada tubuh dan rupamu, tetapi Allah melihat kepada hatimu". (HR. Muslim)
Gua pun pernah mendengki, membenci sebab gua pun manusia biasa. Tak pernah lari dari kesilapan. Lagi memerlukan bimbingan. Tegur jika gua dah terlalu mendongak ke langit.


Saturday 11 February 2012

Gua bosan dengan lu.

Malam ni gua tak berapa nak sihat sikit. Tekak dah start sakit and badan dah start lemah. Gua mintak MC sehari sebab betul2 tak boleh blah. Aaiihhh. Sorang-sorang kat umah ni buat gua rase tenang untuk berfikir tentang banyak perkara. Antara perkara yang takkan pernah lekang dari pale hotak gua adalah mengenai pe'el kawan gua yang sekor ni. 

Ok. Gua start mengenal erti kawan sejak dari kecil. Macam-macam orang yang gua dah jumpa. God made every person different. Gua tau tu. Orang kata jugak, kalau orang banyak bermasalah dengan kita maksudnya kita yang bermasalah. Gua jugak tau tu. Dan gua rasa semua orang tau tu. Tapi kalau orang betul-betul wat masalah kat kita macam mana pulak?

Gua dah banyak jumpa orang yang talam dua muka. Depan gua cakap lain belakang pulak cakap lain. Kantoi pulak tu. Macam mana?

Bosan. Seriously bosan! Sudah-sudah la tu. Apa lagi? Dendam. Why do you need to get revenge? Revenge is what you think you want. You have been hurt and someone should pay. Double pay maybe! Hey, most people do make mistakes. Its a part of human nature. Lu tak pernah salah? Jawapan gua :  lu memang bajet bagus. hidup berkawan ni ego jangan tinggi sangat nok. Sebab nanti akhirnya nanti berakhir dengan berada 'di bawah' orang lain. 7 kaki bawah. Macam la lu tak pernah buat dosa dengan gua. Cuma gua dah lupa je ape dosa-dosa lu. Kahkahkah. 

Sekarang ni lu nak try pengaruh orang. Gua tau. Orang nampak lu macam naive. Gua taktau nape gua nampak semua perangai lu. So sekarang semua orang akan automatic negative kat gua. One of the reason is tak puas hati sebab gua outspoken. So what is the problem? Outspoken tu penting untuk tegakkan ape yang gua rasa betul tapi gua masih waras untuk terima kritikan secara terbuka. Lagi-lagi bila lu yang kritik. Gua boleh senyum je. Lagi satu yang gua nampak, gua tau lu ada saket hati dengan yang gua ada and dengan sapa yang gua berkawan. Sorry babe. Kadang-kadang orang boleh nilai sendiri sikap kita. Sejauh mana keiklasan untuk berkawan tu orang boleh nampak. Apa yang gua ada sekarang ni adalah rezeki dari Dia. Tolong jangan pertikaikan money cash flow gua.

Oklah. Secara jujurnya gua tak pernah lagi nak berdendam dengan lu. Lu pun ada gak buat gua sakit hati tapi setakat tu ajelah. Esok lusa ok dah. Takde sebarang dendam. Confirm. Tapi, kalau macam ni yang lu nak, gua tak teragak-agak nak lantakkan lu kat situ. Hahaha Babe, stop blaming, stop complaining, and stop comparing with other. I'm sick of it !! Oh, lagi satu, stop berpura-pura baik depan orang pastu kutuk orang tu belakang. Annoying lah woi !



Friday 10 February 2012

Anak kucing baru ♥♥♥♥♥

Gua ada anak kucing baru. Hoyehhh! Sangat happy nok. Semalam lahir time aku kat opis. Housemate message bagitau. Tak keruan gua dibuatnya. Macam dapat anak sendiri plak. Tapi gua pompan. Haa cmne tu. Abaikan. Hahaha Mak dia nama Jojos. Ni first time Jojos lahirkan anak. Tapi seekor je and agak kurus sikit. Kira ok la tu kan. Mak dia 3 warna tapi anak dia satu warna je. Putih. Gua rasa ni baka Aaron la Sebab Aaron putih dia banyak. Gua rasa la. Anyway, welcome to our family. Nanti gua fikir satu nama untuk lu. Tu pun lepas wa tau lu jantan ka betina ka. Hahaha.


Sumil~~
Pagi tadi ni gua nak letak kain kat dalam kotak ni. Hamboi si Jojos kemain lagi risau siap kuhulu-kehilir jinjing anak dia nih. Si Emot lagi la. Kuar masuk kuar masuk kotak. Hei! gua nak bagi selesa ckit la. Bukan gua nak duduk dalam ni pon. Takpayah gelabah hoccay~ Hahahahaha. Sebenarnya gua sangat sebak sebab dapat anak baru. Ah, tisu! 

p/s: Aaron, nanti sila balik tengok anak kau ye. 

Miaw-Miaw (─‿‿─)

Memperkenalkan...jengjengjeng..Kucing-kucing gua..Hahahahaha
  • Ni sume kucing yang gua bela kat Shah Alam. Amik dari member gua sebab diorang tak bela. Suma jantans. Now stay kat umah si Buyut sebab diorang free ckit kat sana. 
Atas : Aaron. Bawah : Gemuk
Oyeng
Meme aka memerang
Nya-nyau
  • Ni pulak kucing-kucing gua kat Segamat.
olek. **my best fren

Cik Net aka Cenet
Neneng

Meng
Cik Unjing
  • Ni kucing-kucing yang gua bela jugak kat Shah Alam. Kira bela la kan sebab duk bagi makan lebih dari tuan dia bagi.  
anak-anak mimi. tapi dah kena adopt. sobsobsob
lagi anak mimi kena adopt. sobsobsob. ni member gua dari Segamat, yang adopt diorg ni
Kiri : Mimi . Kanan : Jojo 
Jojos
Emot. *nampak je cm comot tp sbnrnye comel. :P

  • Kucing yang gua pernah peluk cium

Anjang

Chi Chi
Deebo
Abby
Kek pisang
Grey C
Hachiko
Bobo
Kenji

Thursday 9 February 2012

Denggi punya pasal !

Beberapa hari lepas, housemate gua masuk hospital disebabkan denggi. Sangat sengsara katanya. Adoii~ Hari ni fogging, esok masuk hospital. Macam mana tu?  ==" Tp alhamdulillah, semakin pulih. 





Tak silap gua dulu arwah Din Beramboi meninggal sebab penyakit ni. Selalunya punca-punca penyakit ni macam demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. 

So sama-samalah kita menghapuskan nyamuk huduh ini !!!

p/s: Semoga cepat sembuh ye cik atin :) nanti dah kuar hospital kte gi celebrate tau tau tauuu? :D

Wednesday 8 February 2012

Wordless Wednesday : Relax sambil ber-Baskin Robin-31

boleh berurut sambil makan :P
sedap gila kerusi urut + sofa  
sanggup berberatur untuk eskem sedap
Cik Yotch happy dapat eskem sedap :D
Ni la eskem nye.. awok happyyyyy :)