Wednesday 22 August 2012

Raya ke-3

Semalam lepak paling bessssss! First pergi umah member baru dapat anak sorang. Pompan. Comel. Tak banyak kerenah. Baru 21hari kot. Nama Nada Aqilla. Pelik ckit namanya. Keturunan Kemboja. Mesti cantik macam mak dia bila besar nanti. Hihi. Tahniah Zul !!! Dah la tengok baby comel, makan pun sedap. Sangat sedap hokeyyyy! Rendang daging mak dia, fuhhhh! Best gila. Bertambah-tambah aku melantak. Si mber aku lagi sorang ni lagi laaa. Hahahaha. Tambah plak kek coklat lembab dia. Pon best jugak! Aku makan tanpa henti ok. Lantak r..

Pastu, mak dia bagi petua kat aku. Petua orang kemboja. Camne nak bagi tegang muka la, sihat time period laa. Aku pon takpaham. Tapi, aku rasa nak try. Hahahaha. Mak dia kate, ade kena guna buah monglai. Amende tu? ==" 


Pas setel kat umah Zul, kitorang pon berangkat ke umah Mael pula. Confrm havoc. Kate Mael, umah dia dah macam KL Central. Sebab terlalu ramai orang. Hahaha. Kat umah dia, aku melahap nasi lagi. Nasi putih, ikan tongkol kari and sayur campur. Sedap gilaaaa. Pastu, datang la si gila Abby, Dibo, Ale, Din, Dayang dan lain-lain. Sekali imbas, nama diorang macam nama kucing ek? hahahahaha. Riuh gila. Magrib baru aku balik.


kate mael, die sekarang tengah pregnant luar rahim. =="
Setel umah Mael, gua balik umah siap-siap mandi sume. Pastu si tikah plak datang ajak beraya. Adoii. Glemer betei aku. Hahahaha. Oklah. Jomm. Sampai ke pedalaman Kg Tengah. Seram wei. Gelap gila. Pape jadi, haram takde orang tau. Tapi, bila dah sampai umah member tu, nasi dagang sedang menungguuuuuuuu. Wehehehehe. Sedap wei. Udang galah masak kari pon ada. Aku sebat dua ekor. Sangat manis. Rasa nak nangis je bila makan. Hehehe. Aku tambah tiga or empat senduk ok. Malu ke tak tu tolak tepi dulu. Hahaha.

Pastu, lepak lagi sampai ke IOI. Aku dah terhuyung hayang. Cilake punya hantu. Takleh tunggu esok ke nak lepak. Sembang-sembang sampai kembang then balik. Tapikan, sepanjang dua malam aku lepak ngan dua ekor setan ni, perbincangan diorang banyak wat aku terfikir. Sampaikan tak terluah. Sentiasa ada dalam otak. Bila dah dengar boyot explain sepanjang-panjangnya malam tadi. Ada la kurang ckit. Tapi..hmm ntah la. Semoga Allah bagi petunjuk. Amiinn~




Raya ke-2

Raya kedua jatuhnya hari Isnin. So, aku ade 5 hari lagi nak berfoya-foya tanpa batasan. Alah, kat Klang pon tanpa batasan gak cuma boyot aku je suka-suka hati nak halang-halang. Jeles gamaknya. Hahahaha. Gua bosan sekarang. Seriusssss. Arini satu hari tak keluar. Puas hati kau, boyot? Nasib si tikah datang bawak lontong. Kalau tak, aku sanggup reput dari start keta jalan kat bandar tu.

Malam ni, terasa lapar plak. Tapi, lontong ade lg kat dapur tu. Terasa nak makan nasi ayam. Huarghahahaha. Sangat mengada-ngada.
....
Member sekampung ajak lepak. Adoiih. Malam-malam gini haruslah aku malas nk kuar. Lagi-lagi plak cter bes si Mael-Lambung tu. Huhh! Kacau daun sungguh. Oleh sebab dah lama tak jumpa, gua pon ikutkan laa. So, lepak la kami bertiga di Old Taste. Makan sweet sour fish rice dia. Fuhhhhhh sedap gila! Masam-masam suwetttt. Weheheee. 

Pas kenyang, lepak dataran pula. Ahh bosan! tah hape-hape. This is so not me. Tapi takpe. Dok dengar yang lagi sorang ni cter pasal politik. Gua dh bape kali menguap kegembiraan. Hahahaha. Sambil pasang telinga, gua dok intai-intai. Banyak betei keta canggih manggih kat sini. Dah makin maju dah. Nak pandang-pandang jeling-jeling nanti kang kena maki plak dengan si boyot. So, aku dan-dan tu la aku pandang je muka mber aku tgh drive ni ha. Hahahahahaha

Monday 20 August 2012

Nur Kasih the movie


Ntah kenapa. Setiap kali aku tengok cter ni mesti berjurai-jurai air mata kuar. Hahahaha lawak kan? Tapi, ramai orang cakap citer ni tak bes la budget rendah la. Tapi aku tengok ok je. Mebi aku apply cter ni dlm hidup aku kot. Kalau tak hayati ape guna tengok. Betul?

Bagi aku susah nak jumpa pasangan camtu zaman sekarang ni. Janji hidup sama-sama. Setia sampai mati. Ada? JARANG! Lagi-lagi dipenghujung zaman ni. Agak payah nak jumpa. Siyess. Pernah terfikir, macam mana nasib time tua nanti? Tangan sape yg kite akan genggam bila terkenang masa lampau nanti? Atau mungkin kte keseorangan sambil mengenang nasib?

Berkasih dengan buruk baiknya seseorang itu. Tak semua makhluk boleh buat. PEOPLE WANT A PERFECT RELATIONSHIP. Sila ukur baju di badan sendiri. Perfect-kah kita?

Entah.

So hargai apa yang ada.

Berubah selagi boleh.

Sunday 19 August 2012

Tak Raya. Padan muka.

sekarang tepat kul 12 tgh hari. 1 syawal. gua masih di depan lappy. baru bangun. hell betul. tu pon ade org call. tah pape la. 

tahun ni siyes takde semangat nak raya sebab hidup huru hara. baju raya takde. duit takde. bosan. malas nak susahkan makbapak belikan. so gua decide nak raya dengan oggy dan adik beradiknye saje kat rumah.hahaha

tapi takpe. asalkan boyot aku raya dah cukup. nanti boleh dengar die cter-cter. hehehe awak, sori sebab takdapat belikan oberman untuk awak. mebi bulan depan? tengok cner eh. tak janji tau

sedih wei. kat fb saje wish macam-macam kasi ilang ckit gundah gulana tuu. pastu malam raya pun kuar macam orang gila. tido lewat. hmm saje je. memang sengaja. sebab malas nak pikir esoknye raya. hehehe 

pastu plak tadi call opah. die kecik ati sebab aku takbalik. rindu la tuu. aku pun rindu jugak. tapi nak wt camne. aku tgk unser tu dh sarat sangat dengan org. cian plak kat adik-adik aku. so better duduk umah raya kat kg sini aje. kat sini pon tetap ade nenek gak. so ape ade hallll~ 

ok. rendang mak tikah bagi ade dalam peti sejuk. tapi, malas nak panaskan. tapi, gua lapar. tapi, gua tak mandi lagi. tapi, gua rasa malas nak kuarrrrr! huaaaaaaa! mati kering jela gua dalam umah ni!! banyak songeh plak.

ok. camni. gelak sampai pengsan dulu tengok karoot komedia kat youtube. then baru g mandi and siap-siap.

ok. deal. tapi, gua nak terkencing la plak. adoii. totis gua tak makan lagi. kucing gua plak dah mengiaw lapar kat luar. kat dapur plak dah bau taik oggy. goldfish plupp plupp gua pon takmakan lagi. arghhhhhh! apesal sume menda nak gua bergerak ni!! gua malaaaaaassssssss!

lantak ah. gua nak layan youtube dulu. sambil tahan kencing. ahh. i dont care!

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.



jangan ungkit

kau ingat senang? kes kalau biasa-biasa je takpe. ni sume yang leh buat orang gantung diri. pastu senang-senang je cakap jangan ungkit. gila ke ape. teringat-teringat tu standard la. takyah la kecoh sangat. alaa tak pernah kena boleh la nk mekak-mekak. dah kena esok, tengok r camne. silap-silap tak kuar umah. ape pon takleh laa. BOSAN! 







BOLEH BLAAAHHHH !!


die cakap, nak jujur kena pakai otak!


lawan

KEKERASAN LAWAN KEKERASAN.

APA KESUDAHANNYA?


Saturday 18 August 2012

Raya datang lagi

sobs. nak teriak dulu. pasai aku tak kelik kampung. sedih. tapi nak wt camna. hahahahaha. dh la baju kurung pon takdak. maleh nak g beli sebenaqnya. duit pon limited. lantak pi lah. dari aku tak makan time ujung bulan nanti, bek la aku dok umah diam2.

pagi-pagi lagi ayah aku dah bagi list keja kt umah. siram pokok la. kunci gate la. adoiii. bosan. time hantq depa ke keta td, aku dh bergenang ayaq mata. sebab nak salam raya tu la. adoii. lagi bergenang ayaq mata, ayah aku wat taktau ja. tak huluq pon sehelai dua duit raya kat aku. cissss! maleh nak basuh toilet! hangpa basuh sendiri! hahahahaha

la ni kui 12.39pm. aku rindu boifren aku. huaaaaaaaaaaaa! aku ja rindu, dia mestila lepas lega kt sana sb takyah bwk aku ronda-ronda. wakakakakaka. ok. start bosan. sat gi nak wat keja ckit then tidooooo!

pehtu, aku nk wt list, aku nk pi ronda kat mana plak petang satgi. takdak org nak bebel. hahahahahahahaha sukaaaaa!

galaxy 5. i hate u so much.


for whom it may concern