Wednesday 27 February 2013

Esok gaji

Esok keluar gajiiii..!!! Plupp. Pluppp. Pluppp. Hahahaha gua rasa bahagia. One day before gaji mesti gua rasa bersemangat. Lain macam woo semangat dia. Senyuuummmm aje. And taksabar nak balik umah and tidor. Pasal esok bila bangun mesti gaji dah masuk. Betul tak?? Heu heu heu. Gua dah siap dah check list nak beli barang and bayar bil. Kali ni gua nak or tak mesti gua kena menyimpan. Tak kira!! Hmm taksabarnyaaa. Ntah berapa la yang masuk esok. Misteri sungguh! Hahahahaha ini semua POYYYOOOHHHHHH!!!!!!

Yotch nak g umrah

Yotch. First of all gua nak ucap tahniah pasal lu berjaya pegi ke tempat idaman lu dalam usia yang muda. Best woo. Tapi gua sedeh pasal takdapat nak hantar lu ke epot. Dah la aritu takdapat nak sembang. Nak jumpa pun susah. Sebelum terlupa, gua nak mintak maaf dari hujung rambut smpai ler ke kaki. Hehe Haisehhh. Takpe. Pasni boleh jumpa lagi. Kan. Kan. Kannn.

Hmm. Lu suruh gua tulis doa ape kan tapi disebabkan banyak sangat dalam otak ni so gua tulis apa yang gua doa ari ari dalam semayang jela. Senang. Lu pun cakap dulu kalau ari ari mintak maksudnya betul betul nak kan? Heh heh heh. Gua ingat.

Kak. Tolong doakan family kte and family hatta dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dijauhkan dari malapetaka dan sebarang khianat manusia. Dan semoga sentiasa diberi hidayah.

Kak. Tolong doakan kte ngan hatta dipercepatkan jodoh. Taknak berlaku maksiat nanti. Dipermudahkan jalan kehidupan kami. Teguhkan kesetiaan kami. Berikan kami petunjuk dan hidayah agar dapat kami tinggalkan kehidupan hitam kami dan sujud kepadaNya.

Hahaha lebih kurang mcm ni la. Yang penting kte nk semayang and tutup aurat. Dah taknak mcm dulu dh.

Doakan sekali utk orang orang yg dizalimi kat palestin, syria dan lain lain tau.

Hmm tu je kot. Yang paling penting sila pegi dan balik dengan selamat. Haa. Nanti sampai sana try la minum air minarel dia. Sedap. Tade klorin ke hape ke. Mmg fresh. Air dari sungai nil rasanya. Hahahahaha bedebor tak?? I wish u all the best and good luck. I lebiuuuuuuu.

Sunday 24 February 2013

menyampah!

ni yang wt gua malas ni. gua ajak lu pasal saje nk wat teman. lagipun gua taktau jalan. last2 kena ikut plan dia. menyampah betul. malam tu la malam ni la. pikir hal lu je. hal orang laen tak pikir plak! dah tu satu kampung nak diajaknya. hmm nampak gayanya takdapat r gua nak cter2 ngan kak gua. takpe la. lagipun dia bukan nak jumpa gua sangat pun. lu olls pegi la ye. gua malas. have fun!

Friday 22 February 2013

pencinta tegar

malam tadi dok maen maen ngan sophie. sophie kena sporo. jadi gurauan kami terbatas. sedih. setiap kali nak usik usik dia mst rasa sebak pasal dia nak gurau lebih dari tu. ni kali kedua sophie kena sporo sb aritu dh elok dh tp bila htr balik segamat tiba tiba sporo tu dtg balik. takpe sophie. ubat ada. kte usaha ok? gua ari ari mintak kat tuhan, jangan seksa sophie. kalau ditakdirkan mati, matikan dia dengan aman mcm mana Dia matikan panda. gua pun selalu doa gak yg gua tak kena jangkit ngan sporo tu sebab gua takpakai pape alat pon time pegang dia. niat gua baik. tuhan mst tau punya. setiap hari kurung sophie kat luar. mana boleh tahan. tu pun atas nasihat member fb supaya sophie kena cahaya matahari and udara segar ckit. takpe. sophie boleh punya. jangan risau. malam ni kte makan ikan rebus ye. hehehe

Wednesday 20 February 2013

Auwwww!

Terasa nak bershopping shopping la arini. Tapi gaji tak masuk lagi. Bulan jan dan feb ni memang mengikis duit gua lah. Dah santak ni.

Bila la nak kawin. Nak kawin dengan jejaka macho dan kaya. Boleh repair kancil dengan selambernya. Letih bawak keta rosak ni. Saket dada kalau kat lane kanan. Kang tiba tiba break down kang payah.

Ok. Gua dh melalut. Nak shoppinggg!!! Takde ke lelaki kaya yang nak payung. Please God. Send me one. Hahahaha kang pasangan gay gua baca kang mampos gua.

Ehem. Ayang. Abang ni. Balik nanti cepat cepat siap kita g makan fish n chip sama sama pastu kita g shopping eh? Totally on me. Balik cepat tau!

Shopping??? Auwww shoo shweet la abang ni! I lebiuuuuuu~ mmmuumumuaaahhhh!
......

Choyyyy!!!!! Tengok. Gua dah berangan lageyyyyy!!

Thursday 14 February 2013

berakhirnya tikus durjana

dah mati dah tikus tu. tapi cara matinya agak tragik dan aku tak berapa setuju. matinya dia disimbah air panas. siyes aku dgr agak sebak. cara aku, umpan dlm sangkar then lepaskn kat luar. please. jangan seksa camtu. aku terasa sakit peritnya dia.

tikus durjana

hidup gua diambang ketakutan sekarang. ade sekor tikus sesat mana tah. semak dalam umah gua. dammit! oke. bukan bermaksud gua gedik pasal takut tikus tapi nate ni wajib ditakuti okeh!! sekali terkena pee dia, mengadap tuhan la kau esok. smlm tahap paling berani la. sampai naik ke tilam gua. tah caner leh masuk ke bilik gua pon taktau la. mebi ikut bwh pintu. dan dia gigit gigit manja kaki gua okehhhhhh!! lahanat. gua agak cuak skrg. ptg ni gua nk g klinik!

tapi. yg sebenarnya. Ni first tikus yg gua jumpa kt umh tu. Rumet gua dh nampak dulu tp dia wat bodo. Tapi bila dah jadi mcm smlm gua taleh nk berdiam diri lah kan. Thanks rumet!

Tuesday 12 February 2013

anak menakan gua

ni la anak menakan gua. mebi yang first kot. kiranya anak menakan sepupu. comelkan? nama dia zahratul imani. tembun wei.

cny holiday gua

balik kali ni agak bes la pasal gua balik sendiri tanpa family. bukan kata balik dengan family tu tak best tapi sebab 8 orang dalam 1 keta. korang bayangkan la macam mana lembu nya masing-masing kannnn. kali ni gua balik dengan paksu gua yang ensem ala-ala bangla. hahahaha oleh sebab jem macam haram, so gua abeskan ari sabtu gua dengan tido sepanjang hari. dah membazir satu hari kan?? RUGI.

1st day - gua bawak adik sedara gua jalan-jalan. bawak ke taman time dating-dating dulu.hahahaha bukan untuk mengamit kenangan ye. tapi, tu je yang best pon kat pengkalan hulu ni. bergaya tak adik sedara gua. sakan hang nohh~







pastu macam biasa la. tempat wajib gua dari kecik sampai ke tua ni. ke carok nau. hehehe tu tempat gua exciden moto. tu tempat gua lepaskan tekanan. tu tempat gua berseronok mandi sampai biru bibir. macam-macam. tu tempat gua.






tapi sebelum ke sungai tu, kena harungi lautan lembu pulak. hahahaha


dan malam tu, celebrate besday pak jang gua yang ke 38. da tua dah dia. tapi, baru kawin. dan cara diorang kawin tersangatlah sweet. konon-konon pegi merisik untuk sedara aku yang lagi sorang. dan-dan tu pulak opah gua boleh tanya pasal mak jang gua tu. last-last diorang yg kekal sampai sekarang. yang sedara gua tu tak jadi pon. walaupun kawin tanpa kenal satu sama lain, diorang tersangatla romantika de amour. gua pelik. macam mana eh? anyway, happy birthday pak jang, i love u. 



day 2 - matlamat utama. gua kena shopping toto. large size. rm30 lebih aje hokeyyy. murah kan? i told u already. kampung gua memang sorga doniaaaa. semuanya murah. tapi, before tu. si andak pulak buat hal. adoiiihhh. meluat sungguh. kena hantar ke bengkel pulak. naseb la rm40 je kena. kalau beratus tadi memang gua jual si andak nih.


pas setel hal bengkel and shopping, gua pegi berkelahhhhh!!! hoho yeahh..ni adala acara wajib kalau semua family berkumpul. tak jauh pun. depan umah opah je. nama tempat tu kg kuak hulu. kampung tu kena naik bukit tingggiiiiiiiii. dan hanya satu keta je yang boleh lalu. siyesly! pasal, nak lalu ke tepi nanti jatuh gaung pulak. so? hahahahaaku before gi ke sana tu memang berdoa jela. dan kat situ la tempat orang asli. umah diorang macam dalam cter selalu tu yang ade buluh la ape la. tapi, mostly dah moden dah. dah pakai pesona dah masing masing. hehehe
















cantekkan?? hmm i wish i will stay there forever. memang aman. entah kenapa, kalau makan depan sungai ke air terjun ke mesti selera tu terbukak-bukak. wahahahahaha. makan 10 pinggan pun takde hal wei. macam haram. 








percaya tak kalau gua kata, lepas hentam berpinggan-pinggan nasi ni, gua gi kedai pak naim beli laksa, cendol and ais kacang pulak? hahaha ni kedai legenggg. dari gua kecik sampai ke besar masih dok ada lagi kedai nih. dulu sebungkus besar cendol just 50sen je. laksa pon! murah kan?? tapi, sekarang dah naik rm1. for me, still murah gak. wei, laksa semangkuk besar kot. kenyang gila. sedap plak tu. ok. gua tibai 5 bungkus. hahahaha













Pendapat gua

kenapa ek kalau gua balik kampung mesti gua rasa menda yang sama. rasa nak fully berhijab. nak sembahyang 5 waktu. nak baca quran. nape ek? mebi betul la ibu gua cakap. kalau kte dikalangan orang yang penuh ilmu agama kat dada, sedikit sebanyak pun mesti memberi kesan ke kte gak. 

aritu mak menakan gua tanya pasal umur gua. hmm dah 25 rupanya gua. tapi takde perubahan. semakin teruk gua rasa. ternak dosa hari-hari. nak wat camna. takde sokongan orang paling dekat. bunyi cam mengada-ngada kan? tapi ni la hakikatnya. mebi dia ada suruh. tapi gua tau tu setakat buat syarat. 
"gua tau laa lu macam mana. please dont deny it !"


hmm entah la.. jap lagi nak balik dah. baju semua gua dah setelkan. tinggal amik barang kat totoi je. AS USUAL, memang rasa sebak nak balik. and AS USUAL, masa bergerak ke gate mesti air mata gua tumpah punya. mau betting? tapi, gua rasa gua boleh kalah betting pasal mebi gua tak nangis kalau paksu gua ada sekali balik ngan gua. hahahahaha wadahekkkkkkk!

perasaan gua sekarang ialah, kalau gua dapat kerja yang stabil kat sini, contoh macam kerja majlis daerah ke ape ke, mebi gua takkan teragak-agak pindah and duduk sini jadi gadis kampung. no lepak malam. no shisha. and maybe i will get a better me. yeke? entah!


no turning back




 BITCH PLEASE !! 

Sunday 10 February 2013

Cuti CNY kat kampung Perak

sekarang dah 1220pm. still sejuk. hahahahaha tu la kelebihan kampung gua. kalau ikutkan gua memang malas nak mandi. tapi disebabkan gua tido macam lahanat malam tadi, gua pon mandi jela. kul 7 lebih tadi. agak-agak sejuk dia macam mana? heu heu heu. perjalanan semalam makan 10jam. disebabkan semua makhluk tuhan ni nak balik kampung, tu yang jem tuu. kat RnR orang park sampai ke luar hiway. dasyat tul.

adik gua, si bong tu musti jeles gila. hahahahahahahaha gua suka. relax lah bong. lu study dulu elok elok. nanti kalau dah betul betul cuti nanti baru la datang sini. hahaha

sekarang ni. makcik pakcik gua ramai kat umah ni. sepupu gua semuanya ada. kecoh gila. opah gua rambut makin putih. hahahaha tapi mulut cam biasa la makin laser. asyik bising suruh pakai tudung je. so gua decide gua duduk dalam bilik aje lah. wuwuwuwu~

auww.so shweettt


ayang, nak g sini~


nak ke taknak? confuse!


what my boyfriend will do. hahahaha