Friday 25 October 2013

Appreciation

Kadang kadang menda kecil kita terlepas pandang. Bila sedar, dah tak ada.

Thursday 24 October 2013

Group anak anak saka

Ada sekor member si buyut ni add gua dalam group wechat diorang. Gua dah boleh agak dah confirm banyak hanjeng hanjeng lucah punya dalam tu. Takpon cter pasal betina separa bugil entah mana mana. Sabar jela. Pastu 24/7 berbunyi aje wechat gua. Yang gua paling tensi, bukak bukak ada doploh notification wechat. Gua excited. Topic apa pulak jadi bahan hanjengan kali ni? Rupanya depa send setakat 'hahahahahah' secara berjemaah ! Memang cibai. Pastu setakat tukar tajuk tajuk group kat wechat. Apa kejadahnya lahai.

Tapi takpa la. Happening dari group group member betina yang lain yang penuh dengan plan plan tak jadi and mengumpat. Also touching maching. Lagi bosan iye dok? Kihkihkih. Lantak kome la. Jangan gua dapat tau menda yang bukan bukan pasal buyut gua dah la. Memang gua letopkan muka sekor sekor!

Sunday 20 October 2013

Jenis jantan tak guna

Pelik dengan jantan jantan sekarang ni. Pantang nampak betina pakai nampak ketiak pastu tetek sembol sembol, mata terus nak terkedip kedip la pura pura nak amik barang la. Curi curi pandang tu jangan cter la. Paling best sekali perangai terus nak terhegeh hegeh wat wat gelak kuat la apa la. Cover macho jangan cter la. Lemas betol tengok. Pastu bajet macam bagus nak cter pasal agama. Ilmu tu la ilmu ni la. Poyoh la lu. Betina pandang, menda lucah tengok. Buto aaaaaaa! Dasar jantan murah bajet bagos.

Thursday 17 October 2013

Ezo's wedding part 2

Majlis berlangsung dengan jayanya. Yeay! Best gak la. Lagi lagi makanan dia. Daging bakar kot wei letak coleslaw and kuah blackpepper sekali. Fuhh sedap gila dan yang paling penting tak ceri beri time malam tu. Bhahahahahahah.

Gua ditugaskan untuk jaga bag duit salam kaut. Kira jaga petty cash la ni. Banyak gak diorang dapat. Pastu kena standby kat tempat goodies bag. Ramai gila orang datang sampai lenguh kaki and bahu gua. Naseb gua sempat curi curi makan and amik gambar. Hahahaha

Layanan diorang ke gua boleh dikatakan ok la. Ada sepupu buyut yang peramah. Makcik makcik dia pon boleh ajak sembang. Oh. Nenek dia pon. Bukan setakat suka sembang malah suka bergambo. Amboii. Kemain lagi kau jah. Hehe cuma gua tak paham bahasa jawa je. Gua siap boleh berangan yang time tu gua kat oversea tau tak. Hahahahahaa punya la tak leh nak tangkap satu hapah pon bahasa diorang. Jaga lu buyut. Gua bawak balik kampung kedah gua nanti lu nganga la pulak. Muahahahahahahahahahaha !

Ada la satu dua hal yang takbape nak best time tu. Gua malas nak highlight. Biarla. Mesti ada yang best and tak best kan? Takpela. Layankan aje. Gua abes setel majlis tu around 5pm camtu. So gua pon terus packing and balik segamat.

Sunday 13 October 2013

Ezo's wedding part 1

Semalam gua gi tolong menolong wat preparation kenduri abang si buyut kat hotel. So perjumpaan dia kat kedai mee udang. Mak datok! suku sakat family si buyut ni ada pulak. Gua dah nebesssssss. Berpoluh sampai tak keruan la citernye. Mak buyut kenalkan gua kat makcik2 dia. Salam ketaq tangan wa cakap lu... nenek dia pakej tunggu nak cium pipi lagi. Lemah kepala lutut. Ok. Macam biasa la. Kalau dah tak keruan confirm gua tak makan. So gua order air limau je. Tengok2 wedges macam sedap. So gua cium bau jela. Naseb buyut tapau lagi 1. Hahaha. Nasebbbbbbb! So gua bedal dalam keta.

Sampai hotel gua dah taktau nak kemana. Buyut bizi angkat barang. Gua stay kat area ibu dia. Tapi macam patung la pulak. So gua lepak semeja dengan nenek and makcik2 dia. Ape lagi. Kena soal siasat la kannn. Tanya macam2 siap bercampur bahasa jawa. Mana nak pahammmmmmm! Setakat ngorok and mangan aku tau la. Kahkahkah! Aku pon terkebil kebil sengeh jela. Hohoho.

Adik2 sedara buyut ramah gak la. Especially yang add aku kat fb tu. Ok la. Boleh ajak sembang. Yang duduk serumah ngan buyut tu macam kerek sikit. Cakap pon penting2 aje. Mebi penat kot. Tapi gurau2 tak penat plak. Eh. Positipppppppppp!

Abaikan setan yang menghasut. Naseb ada juan. Boleh ajak menghanjeng. Hahaha so far ok la. Gua pon happy aje. Lagi happy bila kena tipu pasal pocong. Amik gambar pocong konon. Padahal kanvas ape tah yang tersangkot. Cilake.

So jap lagi ni nak kena standby untuk majlis pulak. And also standby untuk balik segamat. Tak sabonyeeeeee nak balik segamat!!

Tamara dress. Kau mengecewakan akuuuuu!

Im gonna wear this today. Entah ok entah tak. Aku pon tak tahu la. Mahal baju ni. Ammara boutique la katekan. Nama design kalau taksalah tamara geometric dress kaler summer peach. Masa aku beli nak dekat rm300 (mebi rm280. Aku pon tak sure). Masa beli macam excited. cuma labuh melampau jela. So aku nak kena alter.

Masa aku bawak balik dress ni ke rumah, aku macam ada sikit menyesal pulak. Yela. Aku rasa kalau baju semahal ni, tak perlu nak alter lagi kot. Or alter pon sikit2 aje such as pinggang or labuh tu. Tapi ni sangat2 labuh ok. So aku pikir2 takpe. Mebi dia kan selalu gi fashion show kat overseas. Mesti buat saiz orang sana. Positip kan gua?

So aku pon bawak la gi tailor. Tailor aku terkojut pasal labuh sangat and kalau dia alter takut ganggu shape kain. Pastu dia tanya berapa aku beli. Bila aku cakap je. Terus dia bising sebab tak macam butik yang buat. Jahitan tak kemas langsung. Labuh melampau and zip tak cukup panjang. Hmm. Pasal zip tu aku mengaku la. Pakai ok tapi bila nak bukak, nauzubillah! Seksaaaa! Sebab zip dia tak lebih punggung. So memang susah nak bukak la citer die. Memekak ah soh tu. Lagi satu kata dia kosong sangat. Beading ape pon takde. Tak seswai dengan harga. So untuk nampak menarik, aku pon alter la labuh tu and tambah beading. Cost sume rm60. Hmmm. Itupon ah soh tu suruh datang balik alter zip. Dia kata nanti silap2 sekali je aku pakai then taknak pakai lagi dah. Yela. Susah nak bukak kan?

Ok. Aku dah sedih kat situ. So aku memang rasa menyesal gak la. Pulak tu tengok insta, depa ada buat promo 50% pehhh lagi terbakar. Takpela. Aku dah beli nak wat camna. Nak cari kaler yang mak si buyut nak punya pasal, gua dah spend almost 400 kat situ exclude alter zip!! Gahhhhhh! Kayanya akuuuuuuu!!

Finally, aku akan pakai gak arini. Kalau ada yang komen tak cantik or pelik memang aku bakar dress ni. Hopefully takde yang komen la kan. Moral down sungguh.