Saturday 22 March 2014

Lipat baju

Weekend-weekend camni nak buat apa lagi kan. Nak pulak sekarang baru 10pagi. Apehal tah terbangun awal pulak. Hari keja tak nak lak bangun awal! Hish.

Memandangkan seminggu hujan turun, gua pon terpaksa basuh baju secara sikit sikit sebab takde cukup ampai nak sidai kat dalam umah. Maka nya, melambak ler baju tak lipat. Ada la macam gunung himalaya. Haha.

Tengah dok melipat ni tiba tiba teringat masa gua kecik kecik dulu. Tok onyang gua sangat teliti orangnya. Paling gua suka tengok bab beliau lipat baju. Pehh. Sederet kemasssssss jek! Power woi! Tak kira la besar or lebar mana baju tu mst nampak sederet jugak.

Gua syak beliau pakai jin. Hahaha. Then, beliau ajar gua cara nak lipat. Macam susah. Gua belajar siap sambil mencangkung kot. Gelak je beliau. Hahaha

Tapi serius. Gua sampai sekarang takdapat tune skill beliau. Yang paling power pon lipat kain batik jela. Hahahahaha

Al-fatihah utk onyang gua.

Saturday 15 March 2014

Say no to hasad dengki

How do i begin? Hahaha pasal hasad dengki ni. Zaman sekarang ni dah teruk sangat dah. Asal dengki je santau la bunuh la. Fed up jugak baca kat paper hari-hari. Tapi kalau tak baca paper pun, kat opis gua tu sendiri dah penuh dengan orang yang berdengki macam ini. Gua nak kerja lama. Tapi gua allergik dengan menda2 camni. Camna? Itu satu hal. Kalau kata gua terikut-ikut perangai depa macam mana?

Kerap gak dulu gua tanya kat encik buyut, gua ada apa-apa perubahan tak? Dari segi gemuk kurus tu dah tentulah. Hahaha ni dari segi kerohanian. Kot-kot beliau perasan yang gua rajin marah or rajin busuk ati. Kan? Kan? Kan? Kadang-kadang kita tak perasan tapi orang yg nearby kita nampak sangat. Bak kata orang, salah sendiri taknampak. Hua hua hua.

Macam ni. Gua nampak budak-budak opis gua dah makin teruk. 24jam ada je nak maki hamun or tak puas ati dengan orang. Pastu pulak kalau bab back up keja or tolong menolong ni memang takleh nak sebut sikit. Terus melenting. Teruk kan?

So. Gua rasa takleh blah. Before gua rasa sama teruk better gua muhasabah diri dulu. Gua banyak dengar sebarang ayat quran yang kuar kat radio tu. Termasukla azan. Gua paksa diri untuk tak tukar channel. Yes. Susah sikit. Geletar-geletar rasa. Tapi paksa jugak. Rohani nak kena jaga kan? Lama-lama ok. Rasa tenang aje. Pastu bila ada ceramah, pon sama. Dengar jugak. Tak kira la apa tajuk pun. At least kita dapat ilmu baru. Gua buat macam ni. Siyes nampak perubahan. Gua dah boleh tenang-tenang buat keja. Siyesssss.

Then. Apa yang gua buat ialah before gi keja baca ayat kursi, 1000 dinar and doa supaya selamat sampai. Pastu gua dah mark beberapa simpang yang bila gua lalu gua mesti akan bagi laluan kat keta-keta yang queue kat situ. Mesti bagi! Mulanya agak susah sikit. Yela. Jalan kita kottttt. Tapi. Nak latih hati biar lembut punya pasal, gua buat jugak. Lama lama kita sendiri akan bagi laluan kat orang dengan hati yang ikhlas. Then we can enjoy our driving. Buat apa nak serabut serabut? Dah tau jalan ke opis selalu jem, dah tau masuk keja pukul 8, kenapa tak standby kuar awal?lagi rasa seronok, bila orang angkat tangan tanda terima kasih. Ada yg siap buat thumbs up. Ada satu pakcik tu, bila selisih kat jalan siap angkat tangan lagi sekali. Macam tu sekali orang nak berterima kasih kat kita. Tak rasa seronok ke macam tu? Gua seronok kot! Bukan nak suruh orang kata kita ni baik ke apa ke. Hati mulut orang kita takleh jangka. Asalkan niat kita nak didik hati sendiri. Tu dah cukup. Lantak p la diorang nak cakap apa.

Then. Elakkan up status bengang tak puas hati kat facebook. Sekali dua tu takpa la. Ni macam colleague gua. Setiap hari memang status dia benci orang je. Kan tak elok tu. Facebook ni dah la berhantu.

Kesimpulan kat sini. Bila gua buat menda ni sampai jadi tabiat, gua rasa lebih aman. Takde nak kelam kabut sangat and kepala pun tak serabut. Allah SWT dah janji kalau kita senangkan keja orang Dia pon akan senangkan kerja kita. So. Buat aje lah!

Tuesday 11 March 2014

Perempuan lagi

Bila berlaku krisis rumah tangga di mana si isteri dipersalahkan seperti :-

Tak jaga kecantikan
Masak tak sedap
Tak pandai masak
Bersepah malas mengemas
Asyik nak balik rumah dia je
Badan membesar jadi gemuk tak cantik
Pemalas
Malah kadang2 ada yg faktornya si Isteri curang ...

Pernahkah kamu terfikikir wahai lelaki sepanjang usia perkahwinan kamu itu .. :-

Adakah kamu menjaga isteri kamu sebaik mungkin
Makan pakaianya kamu berikan secukupnya tak?
Keinginan seksual isterimu kamu puaskan ke tak?
Jika tak pernahkah kamu beruaha untuk berubat dsbg?
Bila dia perlukan teman berbual kamu ada disisi tak?
Masa dia lahirkan anak kamu temankan dia kat hospital tak?
Kamu azan dan qamat anak2 yg dia lahirkan tak?
Kamu berjaga malam buatkan susu tak masa baby tu menangis malam2 masa dia dlm pantang tak?

Kamu imamkan solat berjemaah dengan dia tak?
Kamu kejut dia solat tahajud malam2 tak?
Kamu bawak dia ke masjid dengar majls ilmu tak?
Kamu bawak dia ke masjid solat tarawikh bulan puasa sama2 tak?
Kamu bawak dia pergi umrah dan haji tak?
Kamu ajak dia sama2 bersedekah bantu orang miskin tak?
Kamu isi dada isteri kamu dengan iman dan taqwa tak?
Kamu bagi duit tak setakat yg kamu manpu? Ke kamu mengepow duit isteri kamu?

Jika jawapannya ialah YA untuk semua permasalahan di atas maka jangan salahkan PEREMPUAN ... they deserve to be happy and live happily with someone else and NOT with you !

Tapi jika kau dah berikan segala2nya diatas dan dia masih macam celaka ... maka bersabarlah kerana neraka bagi perempuan yang tidak bersyukur ... !

Muhasabah dirilah dulu sebelum nak tengok keburukan orang menyalahkan orang ... dan bersabarlah kerana SABAR itu sangat seeet .... 

Ikhlas dari :-

YM Raja Shamri 
@Padang Luas Jerteh
Terengganu.

Monday 10 March 2014

Lesson

that the truth hurts only once and a lie every time you remember it.