Sunday, 5 February 2012

Celebrate !! ♡ ♡

Hey hoo~

Semalam gua belanja si Sayam pulak. Hehehehe tapi, tempat biasa jela. Sebab gua kejar jodoh masa nak gi hantar si Gemuk pergi injection vitamin c pastu nak balik Segamat. Bas pukul 6 petang. So kami pergi Pizza Hut sahaja. Dekat. Huhuhuhu. Just order Sensasi Delight Pizza + Pasta. Ooh ada lasagna seafood sedap sekali. Hehehe Itu pun dah cukup kenyang nauzubillah.


Pastu, terus gi amik si Gemuk bawak gi Klinik Haiwan Mesra kat Seksyen 7 Shah Alam. Nak buat vaksin je tapi termasuk ubat cacing sekali. RM 35.00. Murah la kot. Kalau yang kat Seksyen 13 punya RM 45.00 tapi siap ubat kutu sekali. Kalau ikutkan memang nak buat untuk kutu tapi kucing-kucing lain yang kat umah tu banyak kutu jugak. So tak payah la. Kalau buat kang nanti kena jangkit balik. Baek tak payah! Gegel-gegel si Gemuk. Hahahaha. Gua dengan si Sayam pulak dah macam pakai maskot bulu-bulu sebab penuh gila bulu-bulu Gemuk kat baju ktorang. Hahahaha Doktor dia cantik + baik jugak laa. Nak mandulkan pun murah. RM 80.00 je untuk jantanz. Siap boarding 2 hari lagi. Siap kau Gemuk & Aaron!! Huuaaarghahahahahaha!!

ni la si Gemuk.

hehehe siap ada kad nokk :)
Sekarang ni gua dah ada kat Segamat yang indah dan permai :D pagi-pagi dah kena hantar adik bongsu gua gi tuisyen. Kacaw daun betul gua nak membuta. Harapan nak makan lontong sedap telah musnah. Kedai tutup!! Mee rebus telur mata juga tutup!! Arghhh korang tau tak betapa susahnya gua nak balik Segamat ni??!! Ok takpe. Esok masih ada. Hahahaha!


SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL!! :D

p/s: Petang kang aku nak berjimba sepuas-puas hati sambil minum peppermint shake! Nadh, Don't forget to buy your ticket. Pleaaassseeee~ Kalau tak, tak balik la kau esok!

xoxo,
-nadea_hutt-

Saturday, 4 February 2012

A Wedding Gift

Gua ada kenal seorang mamat ni dari cik Yotch. Friendly. Mr. Gay gua panggil dia. Hahahahaha sebab dia panggil gua les! :D Baru-baru ini dia kawin dengan seorang awek Pekan, Pahang. Sorry Gay. Confirm-confirm gua tidak dapat pergi. Jauh kot. Lepas tu pula kenduri belah dia hari Ahad ni pun aku tak dapat hadir sebab cik Yotch tak dapat pergi and gua takut jadi batu hidup kat situ. Yela, seekor pun aku tak kenal. Segan aku. Huhuhu. 


So, untuk tebus balik (sebenarnya Mr. Gay dah kecik hati. kihkihkih), kami datang awal sikit. So, balik dari office terus ke JJ Bukit Raja cari hadiah. 

Mula-mula target nak cari set pinggan mangkuk

ok. cik Yotch dah dapat dah menda yang dia nak..

tiba-tiba nak cari barang letrik plak dah !!!! gua dah letih dah usung set cawan nih !

last-last beli toaster. hahahahahaha

Akhirnya, hehehehe :P

Lepas tu, terus ke rumah Mr. Gay. Cari punya cari rumah akhirnya baru jumpa. Depan mata okay! Hahaha Kami dihidangkan mi hun sup sedap and teh panas. Borak-borak sampai pukul 11 pastu baru balik. 

pic cilok dari fb Mr Gay

Last but not least, tak terlambat lagi kalau kami ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kat korang berdua. Semoga berbahagia dan kekal sehingga anak cucu. 

p/s: hari ni gua nak balik kampung. before tu nak g belanja si sayam makan dulu pastu nak pergi inject vaksin kat si gemuk.

xoxo,
-nadea_hutt-

Friday, 3 February 2012

I was the great cat burglar ƪ(‾ε‾)ʃ


Semalam gua and cik Yotch gi tapau nasi telur berlada kat Kampung Kuantan. Tengah-tengah borak tu, tiba-tiba ada seekor anak kucing ni main-main kat area meja gua. Cantik aweks kucing tu. Serious! Walaupun kucing liar tapi berbulu panjang and yang penting tiga colour. Of course la betina kan. Hahahaha..


Nak dijadikan cerita, si Yotch ni ambil gambar kucing tersebut and post kat facebook. Ada pulak member dia nak. So, malam tu terpaksa la pergi kedai tadi tu balik and amik kucing tu. Dah la ramai orang pastu gua pulak boleh mencangkung-cangkung bawah kereta orang sebab nak tangkap kucing tu punya pasal. Malu jangan cter la. Hahahahaha hampeh! si Yotch boleh pulak gelak-gelak dalam kereta. Grrrrrrr~ Hahahahaha last-last dapat juga cekup si kucing tu and terus bawa masuk dalam kereta. On the way tu hanya Tuhan jela yang tau. Gelabah siot!

Tolong la jangan poo-poo kat seluar cantik aku~

Comel tak? Comel kannn~

So sampai lah ke Seksyen 7. Depan Barra katenya nak dating jumpa. So sementara tunggu si rescuer turun, kami macam biasalah, cam-whoring!

 i hope ur happy with him

 cik Yotch

cantik tak warna dia? :)

Lelaki tersebut turun siap bawak carrier lagi. Hikhikhik. Katenya, kat rumah dia ada lagi 4 ekor. So yang ni boleh la buat bini baka. Hahaha. 

 rupa-rupanya, dia ni kawan lama se-uitm Yotch dulu. alahai~ :D


Terkedu kejap bila dengar warga lelaki yang sangat komited untuk jaga haiwan. Tapi zaman sekarang ni perempuan lelaki sama je kan? Perempuan pun ada yang malas juga. = =" *buat malu kaum aje. Ok abaikan. So, A very BIG THANK YOU to you, Mr. Naqiuddin for your kindness and sympathy at a time and it was deeply appreciated. ♥♥♥♥♥♥♥


p/s: Hari ini gaji keluar. Si sayam dah request untuk mengtengkedarah kat macam-macam tempat. Kusut kepala gua.



xoxo,
-nadea_hutt-

Thursday, 2 February 2012

Celebrate !! ♡

Hahahahaha celebrate apekah?
Semalam kami celebrate sempena dapat gaji si buyut :) Kali ini Carl's Jr Subang Parade jadi tempat serbuan maksiat.

Set western bacon cheese burger . Super star with cheese . Fish & chips . 


Gua sangat-sangat santak hokei. Sampai nak termuntah isi perut balik tau tak. Si buyut dengan selamber kodoknya ajak berjalan-jalan dalam Subang Parade tu, tapi "maafkan daku sayams, daku tak mampu". sobsobsob ( ʃ˘̩.˘̩"ƪ)

Lagi satu food legend yang pasti tak dapat ditolak ialah.....

Tofu Crunchy On the Run Cafe

Hohoho nate nih sedap boh !! Rasa dia macam makan ayam mekdi. Sungguh lazat tak terkata. Elok dimakan time panas-panas mahupun sejuk mata memandang. Sila beli di stesen minyak Esso.Hahahaha semalam kemain lagi banyak makan. Arini lunch sebutir nasi pun tak sentuh. Oklah bai. 

xoxo,
-nadea_hutt-

Wednesday, 1 February 2012

My first blog post ever

Finally, I have my own website!
Oh my~ I’m stoked!!! *punches charod* lol

Oops sorry haha ok so, I’m not a writer and as you can tell I pretty much type everything I’m thinking in this little crazy head of mine but as time goes by maybe I’ll learn (i said maybe) !

Okay! That was it! My first blog entry. I realize now that blogs, mine specifically, are for writing about stuff that no one would ever listen to face to face. They are meanderings, totally ridiculous, like those word games I was talking about.I've never written a blog entry. I don't really know what blogs are. Confessions? Random thoughts? Stuff you later regret saying in a public forum of strangers? Why do people have blogs? To reveal their unconscious thoughts raised into consciousness? To spout about any little thought that comes to mind and capture it before it floats aware forever like exhaled breath, or hayweed or dandruff?

hahahahaha to my sayam :  I don't know if this is okay with you and I wouldn't post anything unless you give me permission to do so (depends on your behavior too). 



Thanks! xoxo


-nadea_hutt-