Saturday 31 March 2012

Berbeda

3 orang pandang ke luar tingkap.

- seorang melihat tanah,
- seorang melihat pokok,
- seorang melihat awan,

Ini kerana setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza. Lantaran itu, jangan marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.


Thursday 29 March 2012

Solat..

Hidup kelam kabut datang dari solatnya yang kelam kabut,

Hidup tak menentu datang dari solatnya yang tak menentu,
Hidup yang celaru datang dari solatnya yang celaru,
Hidup tiada keberkatan datang dari solat yang tak diberkati,
Hidup serba lengkap tapi hati tak pernah puas dan tenang, datang dari solat yang tak lengkap,
Hidup tertekan datang dari solatnya yang tiada thama'ninah,
Hidup bermasalah datang dari solatnya yang bermasalah.
HIDUP YANG CEMERLANG DATANG DARI SOLATNYA YANG CEMERLANG,
HIDUP YANG TENANG DATANG DARI SOLATNYA YANG TENANG, 
HIDUP YANG DIREDHAI DATANG DARI SOLATNYA YANG SEMPURNA...

Wednesday 28 March 2012

Wordless Wednesday : Lebih seram dari spirit of the coin!

Tuesday 27 March 2012

Nasi Kandar Langkapuri


Nasi Kandar Langkapuri, Pelabuhan Klang.
Gua anggap tempat ni lejen sb nasi kandar dia sedap.
Kenapa gua kata sedap?
Sebab kuah dia kaw ! Daging masak hitam dia pon kaw!
Oh ya, roti pisang dia pon sedap.
Kedai dia buruk aje. Boyot kata, dah lama dah kedai ni sejak dia sekolah rendah lagi.

Monday 26 March 2012

Ketam masak lomak cili api



Cukuplah sekadar gambar. Gua tak mampu berkata apa-apa. 

Friday 23 March 2012

Kuih talam berperisa

Nampak sedap tak? hehehe kuih talam perisa jagung ni. Ni mak buyut gua yang buatkan.
Sesungguhnya beliau amat pandai memasak. Huhuhu. Gua dengar pasni akan ada banyak lagi perisa-perisa yang dia akan buat. Tunggu~~

p/s : gua ada letak dalam mudah.my untuk sapa-sapa yang nak order. search : kuih talam with flavor

Wednesday 21 March 2012

Gua boleh sabar lagi~

Disuruhnya gua cari kawan. 
Gua cari ! 
Disuruhnya survey harga. 
Gua survey ! 
Bila dah dapat quotation, tak setuju ! 
Gua tanya, "bajet berapa bos?" 
Diperlekehkan pula gua. 
Ok la. 
Gua explain one by one. 
Macam mana cara kira. 
Tapi dibetahnya gua ! 
Katanya, cara kira tu cara kira antara dia dengan customer dia nanti. 
Abes, antara member gua ngan dia tu nak kira macam mana pulak
 kalau dah sume quotation yang diberi tu sume tak betul? 
Start fed up.
Kalau semuanya tak betul...
arghhhhhhh 
cari sendiri lah !!

p/s : Aritu pasal software account, pasal audit pon mcm ni jugak jadinya. Bosan!

Wordless Wednesday : Abang Aaron, i lebiu ♥(•ˆ⌣ˆ•)♥




gua suka pic ni !! *stat verangan dahhh~

Tuesday 20 March 2012

IKEA again :D

Hahahahahah gua nak gelak besar sebab puas hati dapat makan meatball dengan fries lembik dia yang mengiurkan tu. Thanks boyot sebab bawak gua. Makan 20 biji je dah cukup untuk kuar IKEA dengan perut membusung !




Dah makan pastu balik ! Takyah jalan-jalan. Tak larat !


Thursday 15 March 2012

Chocolate homemade


Boyot gua buatkan chocolate. Yeyeh ! Sedap ! Nak lagi boleh? :P

Wednesday 14 March 2012

Wordless Wednesday : True Friendship

Tuesday 13 March 2012

Jusco Mega sale

Sumpah mega sale kat JJ ni betul-betul menjahanamkan hidup gua! 
Hang out ngan ija. :P
Baju RM10.
Abes duit gua !

Mandarina Duck ! Bau dia sangat sweet !! Susah nak cari perfume nih.
Ni la kawan tempat kije lama gua. Nanti kte hang out lagi ye? :P

Boyfriend garang tu tak bagus !

Aritu ada sepasang customer ni datang office. Nak tempah kad kawin urgent katanya. Urgent? Memang payah sikit cik kak oi. Takpela. Gua try. Dia datang dengan bakal suami dia. Cik kak ni orangnya kecit-kecit. Bertudung. Pertuturan lemah lembut. Bakal laki dia plak, tak senyum langsung and badan agak sasa.
         
                     Bos gua : Nak design kad kawin yang mcm mana?
                     Cik kak : Jap, tanya abang.
                     Abang   : Ehh ! Cakap lah ! Takde mulut ke ?!
     
Eh eh. Gua plak yang tak pasal sentap. Jangan garang sangat cik abang. Meluat tengok. Nak kata gaduh pun tak jugak. Mebi cara abang tu kasar gamaknya. Tapi ! Jangan risau. Gua tetap tak boleh terima. Hahaha Bukan apa. Gua memang tak boleh garang-garang ni. Mebi sebab gua dah biasa berlemah lembut kot. Boyot gua sangat bersopan bila bertutur. Tu gua respect. Tapi, gua lemah lembut ke? hahahaha Sabo jela cik kak ye. Time kenduri nanti confirm dia berlemah lembik. Kahkahkah


Monday 12 March 2012

Gua bengang !

Oklah. gua bengang. siyes !
 ingat gua tau ke ape yang ada dlm palehotak lu? tanya je kot. 
niat nak bergurau tapi taktahu pulak lu tengah emo. kot kot ye pon emo, boleh tak jangan lepas kat orang lain? gua pon ada perasaan. tak perlu la nak cakap kasar-kasar. 
tobat tanak mintak tolong lu dah pasni ! 
siyes tobat ! 
urghhhhhh !!!

Peringatan buat lelaki saya

Lelaki, murah atau mahalkah kamu?

Lelaki murah pada matanya, ketika dia memandang wanita semahunya.


Murah pada tangannya, apabila dia memegang wanita sebebasnya.


Murah pada hatinya, apabila dia membayangkan wanita semasa tidurnya.

Hebatnya lelaki itu, apabila dia berjaya memahalkan wanita hanya melalui 

kata-kata dan akhlaknya..


Thursday 8 March 2012

Rindu

Tiba-tiba rasa rindu~


Nape la kau pergi cepat sangat.
Sekian.

Tuesday 6 March 2012

Hari Ayam

Ari Sabtu lepas. Member gua dari kampung datang Shah Alam. Dah seminggu dh kat Selangor ni. Nak jaga anak buah dia katanya. Sabtu Ahad  bosan-bosan tu yang ajak gua kuar tu. Oklah. Jom. Tapi before tu gua nak kena hantar Gemuk gi vaksin dulu. 

kemain lagi duduk cam raja kat seat belakang ye~
Ni dah kali kedua dia kena vaksin. Hahaha. Mengamuk-ngamuk dia. Abes baju gua and Boyot kena bulu dia.



RM 35 je for vaksin. Kat Klinik Haiwan Mesra Seksyen 7. Murah kan? Eh. Murah ke standard? Hahaha. Next vaksin nanti around 2013. Dah setel Gemuk baru gi makan-makan ngan kawan sekampung! Yeah! Gua bawak dia ke Jusco Bukit Raja saja. Dekat. Senang.

Roasted chicken rice with mushroom and sayur
Roasted & honey bbq chicken rice

Hahaha sedap gak wei. RM 7.50 ja. Makan kat food court tp kenyang macam makan kat KFC weii. Pas puas melantak, kitorang gi tgk wayang pulak. Movie Fist of Dragon. Ok gak la cter ni. Tapi ada yg tersurat dan tersirat yang tak dihuraikan. Haha tekanan mak nok. Tapi, bab kung fu dia perghh best la jugak. Siap berlakon kat Malaysia lagi tu.. Tapi, Monday Kang dalam movie ni sangat hensem ohh. Hehehe *malu~


Lepas wayang terus lapar balik. So, kitorang nye kawan nama Jidin suruh datang tempat keja dia. Kat Kenny Roges area Setia Alam. Makan free la confrm. Hahaha gua mintak 1/4 ayam and buah and yang penting muffin. Air plak gua bantai amik ice blended Chocolate Extreme. Memang extreme sampai gua takleh berak. Hahaha.


Yang putih tu cappuccino latte kalau tak salah

Balik pukul 11 malam. Dari kul 4ptg kuar. Balik-balik kena bebel dengan cik Boyot sebab lambat balik. =="

Monday 5 March 2012

Cari Perfume

Sabtu aritu, kudlin ajak gi cari perfume kat Sogo. Gua pon haruslah terkinja-kinja nak ikut sebab bukan senang nak gi Sogo tu. Hahaha cik boyot memang takkan pegi punya area-area KL nih ==" Haha so gua dengan baju kerja gua terus shoot ke sana. Jem gila. Dengan berpusing-pusing kat jalan yang sama berpuluh kali. Memang menyakitkan hati walaupon bukan gua yang bawak kereta. Hahaha. 

Haa ni la dia yang dicari-cari. jean Paul Gultter. Sedap woi!
Haa it's time for me to find my favorite perfume.
Well yeah. You could see my face. Tak berkenan la tu, Haha
Briefing puny briefing. Ok la. Gua dah decide apa yang gua nak.
Tapi ! Bukan sekarang gua nak beli. Kahkahkah! Cian kau Mr Salesman. Bersemangat lu promote. Siap nak songlapkan barang untuk gua lagi. Hikhikhik. Pastu kitorang jalan-jalan tengok bag pulak. Ehem. Banyak bag yang chantek-chantek. Geram!!!

gua tengah sibuk membelek.
Comel kan bag ni? 

uuu...ni ponn chanteekkkk~

Hehe ok. before kitorang balik, gua gi famous amos dulu pekena eskem. Kali ni, gua try flavor lime. Perghh masam tak ingat woi. Lagi masam dari eskem tropicana satu singgit kat 7E tu. Hahaha


Kudlin hepi dapat eksem. Walaupon dia batuk time tu. Hihi.

Ok. Jom balik. Time balik pon jem jugak wei. Dalam Sogo plak tu. Adoii la. Bosan la KL nih.








Friday 2 March 2012

Craving ••► Charles & Keith high heel

Chantek tak? Chantek kan? Ok. Chantek. Tak kira!

Thursday 1 March 2012

Leap day : Feb 29, 2012

29.02.2012. Empat tahun sekali baru ada. So sape punya besday time ni gua taktahu cmne nak calculate besday lu. Hahaha. So, gua dengan housemates gua gi celebrate kat IKEA. Ohh. Tercapai jugak hasrat gua nak makan kat situ. Crowded wei. Rimas gua. Walaupon on the way pegi tu jem cam haram. Hahaha. Siap salah jalan lagi. Package!

Beratur nak bayar

Si yotch happy makan meatball

Amik kau! kahkahkah
atin dengan kepak ayamnya.

chantek tak bilik gua?
hehe chantek kan?
abg nak pakai baju ape arini? anje tlg carikan.
cam-whore

Gua tak paham nape meatball IKEA ni jadi pujaan ramai. Biasa je gua rasa. Tapi. Gua termimpi-mimpikan sampai sekarang! Shit! Yotch!! Jom gi lagi jooommmm~