BITCH PLEASE !!
Showing posts with label pedoman. Show all posts
Showing posts with label pedoman. Show all posts
Tuesday, 12 February 2013
Sunday, 10 February 2013
Monday, 20 August 2012
Nur Kasih the movie
Ntah kenapa. Setiap kali aku tengok cter ni mesti berjurai-jurai air mata kuar. Hahahaha lawak kan? Tapi, ramai orang cakap citer ni tak bes la budget rendah la. Tapi aku tengok ok je. Mebi aku apply cter ni dlm hidup aku kot. Kalau tak hayati ape guna tengok. Betul?
Bagi aku susah nak jumpa pasangan camtu zaman sekarang ni. Janji hidup sama-sama. Setia sampai mati. Ada? JARANG! Lagi-lagi dipenghujung zaman ni. Agak payah nak jumpa. Siyess. Pernah terfikir, macam mana nasib time tua nanti? Tangan sape yg kite akan genggam bila terkenang masa lampau nanti? Atau mungkin kte keseorangan sambil mengenang nasib?
Berkasih dengan buruk baiknya seseorang itu. Tak semua makhluk boleh buat. PEOPLE WANT A PERFECT RELATIONSHIP. Sila ukur baju di badan sendiri. Perfect-kah kita?
Berkasih dengan buruk baiknya seseorang itu. Tak semua makhluk boleh buat. PEOPLE WANT A PERFECT RELATIONSHIP. Sila ukur baju di badan sendiri. Perfect-kah kita?
Entah.
So hargai apa yang ada.
Berubah selagi boleh.
Labels:
pedoman
Location:
Segamat District, Johor, Malaysia
Saturday, 31 March 2012
Berbeda
3 orang pandang ke luar tingkap.
- seorang melihat tanah,
- seorang melihat pokok,
- seorang melihat awan,
Ini kerana setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza. Lantaran itu, jangan marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.
Labels:
pedoman
Location:
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Thursday, 29 March 2012
Solat..
Hidup kelam kabut datang dari solatnya yang kelam kabut,
Hidup tak menentu datang dari solatnya yang tak menentu,Hidup yang celaru datang dari solatnya yang celaru,Hidup tiada keberkatan datang dari solat yang tak diberkati,Hidup serba lengkap tapi hati tak pernah puas dan tenang, datang dari solat yang tak lengkap,Hidup tertekan datang dari solatnya yang tiada thama'ninah,Hidup bermasalah datang dari solatnya yang bermasalah.HIDUP YANG CEMERLANG DATANG DARI SOLATNYA YANG CEMERLANG,HIDUP YANG TENANG DATANG DARI SOLATNYA YANG TENANG,HIDUP YANG DIREDHAI DATANG DARI SOLATNYA YANG SEMPURNA...
Labels:
pedoman
Location:
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Monday, 12 March 2012
Peringatan buat lelaki saya
Lelaki, murah atau mahalkah kamu?
Lelaki murah pada matanya, ketika dia memandang wanita semahunya.
Murah pada tangannya, apabila dia memegang wanita sebebasnya.
Murah pada hatinya, apabila dia membayangkan wanita semasa tidurnya.
Hebatnya lelaki itu, apabila dia berjaya memahalkan wanita hanya melalui
kata-kata dan akhlaknya..
Labels:
pedoman
Location:
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Thursday, 16 February 2012
Bila nak berubah?
Sekarang mereka telah menjadi alim
Syurga pastilah telah menunggu kedatangan mereka.
Sebaliknya api neraka telah siap menantiku.
Aku orang rosak akhlak.
Tapi, bukankah aku ini manusia, sahabat?
Yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan?
Yang berhak memperbaikinya?
-MC-
p/s : kadang-kadang kita kena menerima segala tanpa mampu bertanya "MENGAPA"
Labels:
pedoman
Location:
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Tuesday, 14 February 2012
Ada apa dengan Valentine?
Valentine's day is today. So ada apa sama valentine? Kita sebagai umat islam adalah HARAM untuk sambut. Kat fb gua tengok melambak post pasal menda ni. Ada yang suka dan ada yang tidak. Terpulang~
Bagi yang tak suka tu. Tak perlu ceramah banyak sangat. Tak suka, diam. Lagi banyak lu cakap lagi ramai yang buat. Elok-elok taknak buat jadi nak buat. Rupa depan Valentine ni sangat cantik. Sangat sweet. Tp disebaliknya? Sangat buruk hokei. Lagi-lagi pasal kekejaman St. Valentine tu sendiri.
Lu pernah sambut? Hehehe dulu time sekolah gua betul-betul tak sempat nak sambut. Siyes! Walaupun macam-macam event ada sekolah dulu bagi coklat la bunga la, gua memang tak dapatlah! CONFIRM!! Dah la hitam, kerempeng dan bermulut puaka memang haramlah mamat-mamat hot tu nak bagi kat gua. Tapi kan, kadang-kadang pernah gak ada sekelumit perasaan nak sambut. Tipu sangat la kalau takde kan. Lagi-lagi bila ada bf. Oleh kerana cik buyut gua tak amik pedulik langsung pasal mende ni so takdela gua melayan perasaan bongok nih. hikhikhik.
Valentine day maksudnya hari berkasih sayang kan? Kalau hari-hari gua sayang maksudnya everyday is valentine day lah kan? Hahahahahaha. suka hati gua lah.
Labels:
pedoman
Location:
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Sunday, 12 February 2012
Peringatan untuk diri sendiri
"Takutlah kamu terhadap prasangka. Sebab sesungguhnya prasangka adalah sedusta-dusta pembicaraan. Janganlah kamu mencari-cari dan meneliti kesalahn orang lain, janganlah kamu saling mendengki, janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling belakng membelakangi. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara sebagaimana Allah telah memerintah kepadamu. Orang muslim adalah saudara muslim yang lain, tidak saling menzalimi, tidak saling merendahkan dan tidak saling menghina. Takwa adalah disini", (sambil Rasulullah menunjuk ke arah dada. kemudian melanjutkan sabdanya:) "Cukuplah keburukan bagi seseorang dengan menghina saudaranya sesama muslim. Setiap muslim adalah haram atas muslim yang lain darah, kehormatan dan hartanya. sesungguhnya allah tidak melihat kepada tubuh dan rupamu, tetapi Allah melihat kepada hatimu". (HR. Muslim)
Gua pun pernah mendengki, membenci sebab gua pun manusia biasa. Tak pernah lari dari kesilapan. Lagi memerlukan bimbingan. Tegur jika gua dah terlalu mendongak ke langit.
Labels:
pedoman
Location:
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)








