Sunday 13 October 2013

Ezo's wedding part 1

Semalam gua gi tolong menolong wat preparation kenduri abang si buyut kat hotel. So perjumpaan dia kat kedai mee udang. Mak datok! suku sakat family si buyut ni ada pulak. Gua dah nebesssssss. Berpoluh sampai tak keruan la citernye. Mak buyut kenalkan gua kat makcik2 dia. Salam ketaq tangan wa cakap lu... nenek dia pakej tunggu nak cium pipi lagi. Lemah kepala lutut. Ok. Macam biasa la. Kalau dah tak keruan confirm gua tak makan. So gua order air limau je. Tengok2 wedges macam sedap. So gua cium bau jela. Naseb buyut tapau lagi 1. Hahaha. Nasebbbbbbb! So gua bedal dalam keta.

Sampai hotel gua dah taktau nak kemana. Buyut bizi angkat barang. Gua stay kat area ibu dia. Tapi macam patung la pulak. So gua lepak semeja dengan nenek and makcik2 dia. Ape lagi. Kena soal siasat la kannn. Tanya macam2 siap bercampur bahasa jawa. Mana nak pahammmmmmm! Setakat ngorok and mangan aku tau la. Kahkahkah! Aku pon terkebil kebil sengeh jela. Hohoho.

Adik2 sedara buyut ramah gak la. Especially yang add aku kat fb tu. Ok la. Boleh ajak sembang. Yang duduk serumah ngan buyut tu macam kerek sikit. Cakap pon penting2 aje. Mebi penat kot. Tapi gurau2 tak penat plak. Eh. Positipppppppppp!

Abaikan setan yang menghasut. Naseb ada juan. Boleh ajak menghanjeng. Hahaha so far ok la. Gua pon happy aje. Lagi happy bila kena tipu pasal pocong. Amik gambar pocong konon. Padahal kanvas ape tah yang tersangkot. Cilake.

So jap lagi ni nak kena standby untuk majlis pulak. And also standby untuk balik segamat. Tak sabonyeeeeee nak balik segamat!!

0 comments:

Post a Comment