Thursday 18 July 2013

Muhasabah hari khamis

Wahai suami sekalian.. Hargailah isteri kita sebaiknya. Apabila ada tercalit perasaan tidak puas hati dan ingin marah kepadanya, ingatlah akan pengorbanan yang telah dia berikan kepada kita. Diamkanlah diri dan tenangkanlah hati.. ISTIGHFAR.. SELAWAT..

 Bila keadaan kembali reda, bersuaralah. Nasihatilah mereka dengan hikmah hasanah. Bukan dengan kekerasan yang bakal mengundang padah. Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Andai ditegakkan dengan kekerasan nescaya akan patahlah ia. Akan tetapi andai dilentur dengan lemah lembut dan profesional, dia akan menjadi bidadari kita bukan setakat di dunia tetapi di syurga yang kekal selamanya. Ingat! Bagaimana peribadi isteri, begitulah peribadi suami.. Dia pakaian kita.. Jika buruk dia, maka buruklah kita..

~ Dipetik dari Tuan Sharul Mizan

P/s:
Tuan sharul mizan ni ensem tak agak agak? :)

0 comments:

Post a Comment