Sunday 5 February 2012

Celebrate !! ♡ ♡

Hey hoo~

Semalam gua belanja si Sayam pulak. Hehehehe tapi, tempat biasa jela. Sebab gua kejar jodoh masa nak gi hantar si Gemuk pergi injection vitamin c pastu nak balik Segamat. Bas pukul 6 petang. So kami pergi Pizza Hut sahaja. Dekat. Huhuhuhu. Just order Sensasi Delight Pizza + Pasta. Ooh ada lasagna seafood sedap sekali. Hehehe Itu pun dah cukup kenyang nauzubillah.


Pastu, terus gi amik si Gemuk bawak gi Klinik Haiwan Mesra kat Seksyen 7 Shah Alam. Nak buat vaksin je tapi termasuk ubat cacing sekali. RM 35.00. Murah la kot. Kalau yang kat Seksyen 13 punya RM 45.00 tapi siap ubat kutu sekali. Kalau ikutkan memang nak buat untuk kutu tapi kucing-kucing lain yang kat umah tu banyak kutu jugak. So tak payah la. Kalau buat kang nanti kena jangkit balik. Baek tak payah! Gegel-gegel si Gemuk. Hahahaha. Gua dengan si Sayam pulak dah macam pakai maskot bulu-bulu sebab penuh gila bulu-bulu Gemuk kat baju ktorang. Hahahaha Doktor dia cantik + baik jugak laa. Nak mandulkan pun murah. RM 80.00 je untuk jantanz. Siap boarding 2 hari lagi. Siap kau Gemuk & Aaron!! Huuaaarghahahahahaha!!

ni la si Gemuk.

hehehe siap ada kad nokk :)
Sekarang ni gua dah ada kat Segamat yang indah dan permai :D pagi-pagi dah kena hantar adik bongsu gua gi tuisyen. Kacaw daun betul gua nak membuta. Harapan nak makan lontong sedap telah musnah. Kedai tutup!! Mee rebus telur mata juga tutup!! Arghhh korang tau tak betapa susahnya gua nak balik Segamat ni??!! Ok takpe. Esok masih ada. Hahahaha!


SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL!! :D

p/s: Petang kang aku nak berjimba sepuas-puas hati sambil minum peppermint shake! Nadh, Don't forget to buy your ticket. Pleaaassseeee~ Kalau tak, tak balik la kau esok!

xoxo,
-nadea_hutt-

2 comments:

Anonymous said...

hahahahahaha

Anonymous said...

ayong gila kucing - nuaim

Post a Comment