Esok keluar gajiiii..!!! Plupp. Pluppp. Pluppp. Hahahaha gua rasa bahagia. One day before gaji mesti gua rasa bersemangat. Lain macam woo semangat dia. Senyuuummmm aje. And taksabar nak balik umah and tidor. Pasal esok bila bangun mesti gaji dah masuk. Betul tak?? Heu heu heu. Gua dah siap dah check list nak beli barang and bayar bil. Kali ni gua nak or tak mesti gua kena menyimpan. Tak kira!! Hmm taksabarnyaaa. Ntah berapa la yang masuk esok. Misteri sungguh! Hahahahaha ini semua POYYYOOOHHHHHH!!!!!!
Wednesday, 27 February 2013
Yotch nak g umrah
Yotch. First of all gua nak ucap tahniah pasal lu berjaya pegi ke tempat idaman lu dalam usia yang muda. Best woo. Tapi gua sedeh pasal takdapat nak hantar lu ke epot. Dah la aritu takdapat nak sembang. Nak jumpa pun susah. Sebelum terlupa, gua nak mintak maaf dari hujung rambut smpai ler ke kaki. Hehe Haisehhh. Takpe. Pasni boleh jumpa lagi. Kan. Kan. Kannn.
Hmm. Lu suruh gua tulis doa ape kan tapi disebabkan banyak sangat dalam otak ni so gua tulis apa yang gua doa ari ari dalam semayang jela. Senang. Lu pun cakap dulu kalau ari ari mintak maksudnya betul betul nak kan? Heh heh heh. Gua ingat.
Kak. Tolong doakan family kte and family hatta dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dijauhkan dari malapetaka dan sebarang khianat manusia. Dan semoga sentiasa diberi hidayah.
Kak. Tolong doakan kte ngan hatta dipercepatkan jodoh. Taknak berlaku maksiat nanti. Dipermudahkan jalan kehidupan kami. Teguhkan kesetiaan kami. Berikan kami petunjuk dan hidayah agar dapat kami tinggalkan kehidupan hitam kami dan sujud kepadaNya.
Hahaha lebih kurang mcm ni la. Yang penting kte nk semayang and tutup aurat. Dah taknak mcm dulu dh.
Doakan sekali utk orang orang yg dizalimi kat palestin, syria dan lain lain tau.
Hmm tu je kot. Yang paling penting sila pegi dan balik dengan selamat. Haa. Nanti sampai sana try la minum air minarel dia. Sedap. Tade klorin ke hape ke. Mmg fresh. Air dari sungai nil rasanya. Hahahahaha bedebor tak?? I wish u all the best and good luck. I lebiuuuuuuu.
Sunday, 24 February 2013
menyampah!
ni yang wt gua malas ni. gua ajak lu pasal saje nk wat teman. lagipun gua taktau jalan. last2 kena ikut plan dia. menyampah betul. malam tu la malam ni la. pikir hal lu je. hal orang laen tak pikir plak! dah tu satu kampung nak diajaknya. hmm nampak gayanya takdapat r gua nak cter2 ngan kak gua. takpe la. lagipun dia bukan nak jumpa gua sangat pun. lu olls pegi la ye. gua malas. have fun!
Friday, 22 February 2013
pencinta tegar
malam tadi dok maen maen ngan sophie. sophie kena sporo. jadi gurauan kami terbatas. sedih. setiap kali nak usik usik dia mst rasa sebak pasal dia nak gurau lebih dari tu. ni kali kedua sophie kena sporo sb aritu dh elok dh tp bila htr balik segamat tiba tiba sporo tu dtg balik. takpe sophie. ubat ada. kte usaha ok? gua ari ari mintak kat tuhan, jangan seksa sophie. kalau ditakdirkan mati, matikan dia dengan aman mcm mana Dia matikan panda. gua pun selalu doa gak yg gua tak kena jangkit ngan sporo tu sebab gua takpakai pape alat pon time pegang dia. niat gua baik. tuhan mst tau punya. setiap hari kurung sophie kat luar. mana boleh tahan. tu pun atas nasihat member fb supaya sophie kena cahaya matahari and udara segar ckit. takpe. sophie boleh punya. jangan risau. malam ni kte makan ikan rebus ye. hehehe
Wednesday, 20 February 2013
Auwwww!
Terasa nak bershopping shopping la arini. Tapi gaji tak masuk lagi. Bulan jan dan feb ni memang mengikis duit gua lah. Dah santak ni.
Bila la nak kawin. Nak kawin dengan jejaka macho dan kaya. Boleh repair kancil dengan selambernya. Letih bawak keta rosak ni. Saket dada kalau kat lane kanan. Kang tiba tiba break down kang payah.
Ok. Gua dh melalut. Nak shoppinggg!!! Takde ke lelaki kaya yang nak payung. Please God. Send me one. Hahahaha kang pasangan gay gua baca kang mampos gua.
Ehem. Ayang. Abang ni. Balik nanti cepat cepat siap kita g makan fish n chip sama sama pastu kita g shopping eh? Totally on me. Balik cepat tau!
Shopping??? Auwww shoo shweet la abang ni! I lebiuuuuuu~ mmmuumumuaaahhhh!
......
Choyyyy!!!!! Tengok. Gua dah berangan lageyyyyy!!
Thursday, 14 February 2013
berakhirnya tikus durjana
dah mati dah tikus tu. tapi cara matinya agak tragik dan aku tak berapa setuju. matinya dia disimbah air panas. siyes aku dgr agak sebak. cara aku, umpan dlm sangkar then lepaskn kat luar. please. jangan seksa camtu. aku terasa sakit peritnya dia.
tikus durjana
hidup gua diambang ketakutan sekarang. ade sekor tikus sesat mana tah. semak dalam umah gua. dammit! oke. bukan bermaksud gua gedik pasal takut tikus tapi nate ni wajib ditakuti okeh!! sekali terkena pee dia, mengadap tuhan la kau esok. smlm tahap paling berani la. sampai naik ke tilam gua. tah caner leh masuk ke bilik gua pon taktau la. mebi ikut bwh pintu. dan dia gigit gigit manja kaki gua okehhhhhh!! lahanat. gua agak cuak skrg. ptg ni gua nk g klinik!
tapi. yg sebenarnya. Ni first tikus yg gua jumpa kt umh tu. Rumet gua dh nampak dulu tp dia wat bodo. Tapi bila dah jadi mcm smlm gua taleh nk berdiam diri lah kan. Thanks rumet!
Tuesday, 12 February 2013
anak menakan gua
ni la anak menakan gua. mebi yang first kot. kiranya anak menakan sepupu. comelkan? nama dia zahratul imani. tembun wei.
cny holiday gua
1st day - gua bawak adik sedara gua jalan-jalan. bawak ke taman time dating-dating dulu.hahahaha bukan untuk mengamit kenangan ye. tapi, tu je yang best pon kat pengkalan hulu ni. bergaya tak adik sedara gua. sakan hang nohh~
Pendapat gua
"gua tau laa lu macam mana. please dont deny it !"