Tuesday 2 July 2013

Maafkan aje

Selalu ingatkan diri;

Jika ingin aura bagus, FOKUS (berikan lebih perhatian) kepada;

#Impian, Orang-orang tersayang, orang-orang baik yang ada di sekeliling kita - menyokong kita dengan ikhlas, apa yang kita telah miliki, apa yang baik di dalam hidup kita, kegembiraan yang kita kecapi, apa yang kita syukuri, kasih sayang dan sayangi orang lain seperti mana kita mahu disayangi.

Di dalam dunia ini, tidak semua orang seperti kita. Ada orang yang tanpa sebarang sebab yang kukuh, tidak menyukai kita. Tanpa diganggu. Tanpa diusik. Mereka ini wujud sebenarnya. 

Dan jika mereka datang ke dalam hidup kita, mengetuk pintu. Mengkritik tanpa sebab. Maafkan, kerana mungkin persekitaran mereka menjadikan mereka begitu kasar, cepat marah, cepat terasa, cepat terusik, dendam. Abaikan saja. Abaikan.

Kembali FOKUSkan kepada yang baik-baik dalam hidup kita. Kerana kita tidak boleh UBAH orang lain jika mereka sendiri tidak mahu, DAN kita boleh PILIH apa yang kita ingin rasakan

0 comments:

Post a Comment