Monday 10 June 2013

Melayu 3

The King of Kubang Pasu

Sekarang Srikandi nak ajar kamu semua anak-anak Melayu supaya jangan jadi pondan dan dayus.Bertindak kena bijak dan smart.Srikandi nak kamu semua belajar macam mana Tunku Anum boleh bebaskan Kedah dari Siam (dinasti Chakri) dengan hanya berdiplomasi dan tipu helah tanpa banyak kekerasan.Belajar bagaimana orang dulu bertindak seperti lelaki sebenar,bukan macam pondan yang takutkan undi bangsa lain.

Tunku Anum atau nama penuhnya Tunku Anum bin Tunku Abdul Rahman adalah putera tunggal hasil perkongsian hidup di antara Tunku Rahmah dan Tunku Abdul Rahman. Bondanya iaitu Tunku Rahmah adalah puteri sulung kepada Sultan Muhammad Jiwa yang ke-2 iaitu Sultan Kedah yang ke-19 iaitu di antara tahun 1710-1778. Manakala ayahandanya Tunku Abdul Rahman adalah bekas Ketua di wilayah Chenak di Thailand sekarang ni. 

Masalah terjadi apabila negeri Ligor (Sri Dharmaraja,Nakhon Si Thammarat di Thailand sekarang) yang jadi negeri bawahan (vassal state) kepada Siam (masa tu era Chakri) memaksa Kedah membekalkan beras pada Siam untuk keperluan Perang Burma Siam (1809-1812).Buat pengetahuan anda,masa tu Ligor diperintah oleh seorang yang digelar Putera Ligor,raja Melayu yang masih ada hubungan kerabat dengan bangsawan Kedah.Saya masih mengkaji siapa Putera Ligor ni sementara pemerintah terakhir Ligor ialah Shariff Abu Bakar (selepas itu diperintah sepenuhnya oleh Siam).Keturunan mereka ni masih ada di Kedah dengan gelaran Nai di pangkal nama.Mereka kebanyakan boleh berbahasa Siam (bahasa Thai selatan yang banyak pengaruh Melayu dan Mon-Khmer).

Perang Burma-Siam tu ialah masa penyerbuan Burma ke Phuket dan Thalang.Kita sudah maklum dua wanita yang ada darah kerabat Kedah,iaitu Chan dan Mook (nama Melayu mereka saya masih mengkaji) yang berjaya menghalau Burma sehingga pihak Siam mengangkat keduanya sebagai wira Pulau Bukit/Hujung Salang (Phuket).Tugu mereka ada di Phuket sana.

Ok,situasinya Putera Ligor telah diarahkan oleh Siam untuk paksa Kedah bekalkan padi pada mereka.Ligor ni macam wakil Siam kepada negeri-negeri Melayu.Kedah,Kelantan,Terengganu tak diperintah secara terus oleh Siam tapi kena kacau oleh Ligor inilah.Ini ada sejarahnya sebab Ligor Lama iaitu Sri Dharmaraja pernah perintah satu semenanjung sampai Singapura (Temasik).Temagi yang kita baca dalam buku teks itulah wakil Sri Dharmaraja ni kat Temasik.Jadi bila Siam menaungi Ligor,dia bagi kepercayaan pada Ligor supaya jadi wakil pada negeri-negeri Melayu yang bawah pengaruh dia.Ingat kisah Melaka menakuk Pahang dari Maharaja Dewasura?Masa tu Pahang memang bawah Sri Dharmaraja.Apabila Melaka naik,pengaruh Sri Dharmaraja makin jatuh dan hanya kuasai negeri-negeri Melayu utara dan Segenting Kra je.

Berbalik pada situasi kat Kedah,bila Sultan Ahmad Tajuddin II menolak,maka Putera Ligor mulalah kacau Kedah.Ye la...dah bos dia Raja Siam pun pressure dia.Jadi Putera Ligor pun mulalah serang Kedah.Inilah adegan yang kita tengok dalam filem Dato Rahim Razali tu 'Sumpah di Bumi Merekah'.Melayu Kedah lawan Melayu Ligor.Inilah kebodohan orang zaman dulu,taknak bersatu-padu dan kamu anak-anak Melayu akan jadi bodo macam ni kalau memilih untuk berpecah belah dan jadi anjing bawah orang lain.

Akhirnya lepas Perang Burma-Siam tamat,Raja Siam iaitu Rama II mengarahkan penyerbuan kepada Kedah pula pada tahun 1821.Nak balas dendam lah tu.Akhirnya Kedah berjaya ditawan.Masa ni memang huru-hara,sultan pun berundur ke Pulau Pinang,kemudian ke Melaka.Tapi Tunku Anum dan bangsawan lain telah bangkit mempertahankan Kedah dari penjajahan Siam.

Pelbagai serangan dibuat oleh pejuang Kedah ke atas tentera Siam namun tidak berjaya.Tentera Siam dilengkapi dengan senjata api dari pihak penjajah Eropah dan dibantu oleh penjajah dengan kekuatan yang besar dibantu pulak pengkhianat Melayu contohnya dari Ligor,memang giler la orang Kedah nak lawan balik.Negeri-negeri Melayu lain?Semua buat hal masing-masing.Memang sial.

Jadi Tunku Anum ada rancangan.Beliau nak pakai cara halus.Jadi beliau pun pergi dengan beberapa pengikutnya memberanikan diri ke Ligor.Cuba tengok peta,berapa jauh Kedah ke Nakhon Si Thammarat kat Thailand tu.Sampai di Ligor,Tunku Anum isytiharkan pada Putera Ligor (ada catatan nama Siamnya ialah Phya Sina Nonchit) yang dia belot kat Kedah.Ini mengembirakan Ligor dan bosnya iaitu Siam,sebab Kedah masih melancarkan serangan gerila yang memenatkan Siam untuk mengawalnya sementara Burma bila-bila masa akan menyerang balik.

Ketika di Ligorlah,Tunku Anum jadi 'spy' pada Kedah,apa jua rancangan Siam dan Ligor ke atas Kedah,maka Tunku Anum tahu dan sampaikan pada pihak di Kedah.Di Kedah pun ada banyak pihak membantu,contohnya keluarga-keluarga pedagang Arab yang kaya seperti keluarga Jamalulail.Mereka gunakan kedudukan mereka untuk pengaruh orang Siam di Kedah supaya menyokong pembebasan Kedah,membekalkan keperluan logistik serta sokongan moral dari segi agama kepada pejuang Kedah.Jadi pejuang-pejuang di Kedah pun menyerang pos-pos kawalan tentera Siam sesuai dengan maklumat yang dikirim oleh Tunku Anum dari Ligor.

Siam makin runsing dengan serangan gerila yang makin menjadi-jadi.Siam tawarkan Tunku Anum jadi wakil Siam ke Kedah (dan ini amat dicemburui oleh Putera Ligor,dah bertahun menghambakan diri pada Siam,sukahati je Siam offer jawatan itu pada Tunku Anum),tapi ini ditolak oleh Tunku Anum dengan alasan tentera Kedah akan membunuh dia jika dia datang ke Kedah untuk berunding.Masa ni Siam minta pandangan Tunku Anum.

Yess...inilah yang ditunggu-tunggu oleh Tunku Anum.Jadi Tunku Anum cadangkan Kedah dibebaskan dan hanya perlu hantar bunga emas sahaja sebagai ufti.Siam pun bersetuju dan buat surat rasmi pembebasan Kedah.

Bila Tunku Anum pulang ke Kedah,yang bagusnya Tunku Anum ni..beliau tak jadi tamak dan bodo lantik diri jadi raja.Tunku Anum jemput Sultan Ahmad Tajuddin kembali jadi sultan Kedah.Kalau beliau lantik diri jadi raja dah tentu kerabat sultan marah dan jadilah perang saudara.Lagi bodo.

Sultan pun lantik Tunku Anum jadi pemerintah Kubang Pasu.Keluarga Jamalulail pulak diberikan Perlis(dulu Perlis ni satu wilayah dalam Kedah).Jadilah keluarga Jamalulail ni pemerintah Perlis sampai sekarang.

Tunku Anum benar-benar anak jantan yang hebat.Beliau boleh jadi 'spy' lebih hebat dari James Bond 007 tanpa terkantoi sikit pun di mata Siam dan Ligor.Tahap diplomasinya tinggi sampai Siam tunduk bawah kaki dia.Ini baru dikatakan negarawan.Tunku Anum tak tamak kuasa.Sultan lari dari Siam tapi Tunku Anum lari pergi ke Siam dengan berani.Kalau lantik diri jadi raja tentu kuasa rakyat menyokong dia dengan solidariti 100% tanpa perlu buat demontrasi jalanan.Tapi Tunku Anum jemput Sultan bertakhta kembali.Memang gentleman.

Ini contoh PEMIMPIN MELAYU yang patut dijadikan teladan,mengerti kamu semua?Tak takut langsung dengan Siam yang terkenal kejam dan puaka.Tapi pemimpin sekarang pondan.Lembik bila disuap dengan duit dan jadi hina mengemis undi orang lain yang tak kunjung tiba.

So,educate urselves.

~Srikandi

0 comments:

Post a Comment